Dihantar Oleh Pada 30 April, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 org
Description

Olahan sendiri. Sedap dimakan dengan nasi minyak.

Share:
Bahan-bahan
  • Perapan ayam:
  • 4 sudu yogurt segar
  • Setengah cawan daun ketumbar (hiris)
  • 3-4 biji bawang putih
  • 2 inci halia
  • 3-4 sudu garam masala
  • 3/4 biji lemon (ambil jus)
  • Ayam bahagian dada dan bahagian berisi dari seekor ayam (potong kiub 2 inci)
  • 25g rempah ayam tikka
  • 2-3 sudu campuran serbuk ketumbar dan jintan
  • Kuah:
  • 1 biji bawang besar (potong dadu)
  • 2-3 biji bawang putih (tumbuk/potong dadu)
  • 2 biji tomato saiz sederhana (potong dadu)
  • 4 biji cili hijau (belah, buang biji dan potong 2)
  • 2 sudu puri tomato
  • 1 1/2 sudu garam masala
  • 1 sudu serbuk paprika (jika suka)
  • 1 sudu cili boh/serbuk cili
  • 3-4 sudu santan pekat
  • 2 sudu serbuk badam
  • Garam, Ajinomoto dan gula secukup rasa
  • Gajus sebagai hiasan
  • Sedikit rempah tumis
  • 3-4 sudu ghee untuk menumis
  • #3 sudu baki bahan perap
Cara-cara
  1. Perapan:

  2. Kisar semua bahan perap (kecuali yogurt).

  3. Masukkan dalam mangkuk, masukkan ayam dan yogurt. Gaul rata. Simpan dalam peti sekurang-kurangnya 4 jam (semalaman lagi bagus).

  4. Bila dah cukup perap, panggang ayam tersebut dan ketepikan (baki perapan jangan dibuang...boleh diguna dalam kuah nanti).

  5. Kuah:

  6. Dalam periuk lain, tumis rempah tumis.

  7. Masukkan bawang besar, bawang putih. Tumis sampai naik bau.

  8. Masukkan tomato, cili hijau, puri tomato, garam masala dan cili boh. Masak sampai tomato lembut dan hampir hancur.

  9. Jika terlalu kering, boleh tambahkan sedikit air. Kemudian masukkan serbuk badam. Kacau rata.

  10. Masukkan 3 sudu dari baki bahan perap.

  11. Masukkan ayam yang dah dipanggang. Kemudian masukkan santan.

  12. Garam, gula dan Ajinomoto ditambah secukup rasa. Kemudian boleh hias dengan gajus.

  13. Tip: Untuk tikka masala bakar, buatkan satu mangkuk kecil menggunakan lapisan aluminium. Masukkan seketul arang yang membara dalamnya. Kemudian, letakkan 'mangkuk aluminium' dalam periuk tadi. Tutupkan periuk cepat-cepat dan biar lebih kurang 5 minit. Kemudian boleh keluarkan 'mangkuk aluminium' tu...dan hidangkan.

Komen