Dihantar Oleh Pada 30 April, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2 org
Description

Versi sendiri. Berkeju sangat...tak sesuai untuk yang tengah berdiet.

Share:
Bahan-bahan
  • Setengah biji bawang besar (potong dadu)
  • 2 biji bawang putih (tumbuk)
  • 2 sudu makan puri tomato
  • 2 sudu makan cili boh
  • Sedikit daging cincang
  • 2 sudu makan susu segar
  • 3 genggam makaroni
  • 2 keping keju cheddar (parut)
  • Sedikit minyak zaitun untuk menumis
  • Sedikit garam dan Ajinomoto
Cara-cara
  1. Masakkan makaroni ikut belakang pek. Dah sudah, toskan air.

  2. Tumiskan bawang merah, bawang putih. Dah naik bau, masukkan cili boh.

  3. Bila cili dah garing, boleh tambah sedikit air (untuk bagi tak hangit). Kemudian, tambahkan puri tomato.

  4. Masukkan pula daging cincang...masak sampai daging tu masak.

  5. Masukkan makaroni...kemudian tambahkan susu segar.

  6. Bila semua dah sekata, masukkan keju, gaulkan sampai keju cair. Kemudian, tambah garam dan Ajinomoto sesedap rasa.