Dihantar Oleh Pada 29 April, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 15-20 kiub
Description

Bukan untuk mereka yang jaga badan. Hehehe kalau nak makan juga, apa salahnya tapi jangan banyak-banyak ye?

Share:
Bahan-bahan
  • 1 biji kelapa parut (yang putih sahaja)
  • 1 cawan susu cair (sekadar menenggelamkan kelapa)
  • 1/2 cawan gula (ikut rasa masing-masing)
  • 1 sudu besar mentega
  • Pewarna/coklat masakan
Cara-cara
  1. Masukkan kelapa parut, susu cair, gula dan mentega dalam kuali dan kacau dengan api perlahan.

  2. Sebelum ia kering betul, bahagi pada 2 bahagian.

  3. Satu bahagian masukkan pewarna kuning dan satu bahagian masukkan coklat masakan.

  4. Kacau berasingan hingga adunan kering dan tidak melekat pada kuali.

  5. Masukkan dalam loyang dan tekan bagi rata dan padat.

  6. Bila sejuk, bolehlah potong dan hidangkan.

  7. *Boleh buat berbagai warna tapi yang berwarna coklat tu paling sedap :p