Resepi Ayam Masak Ala India

 Dihantar Oleh Pada 28 October, 2011
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2-3 orang makan
Description

1st tIme mkn kt rumah PIL tp bkn MIL msk,tempah dgn org.bile tnya nama masakn,dorang bgtau nama mcm ni,so tak tau nama komersial nya apa..

Share:
Bahan-bahan
  • 6-8 ketul ayam yg dipotong kecil dan digoreng sehingga separa masak dgn sedikit serbuk kunyit dan garam
  • 2 biji tomato sederhana besar
  • 2-3 biji bawang merah kecil yg dihiris halus
  • 2-3 biji bawang putih yg dihiris halus
  • 1 inci halia dihiris halus
  • 3 sudu besar rempah kari ayam/daging
  • 1 sudu kecil serbuk ayam / garam secukup rasa
  • 2-3 sudu besar kicap manis
  • 2-3 biji cili padi (ikut citarasa masing2)
  • 1 tangkai daun kari
  • sedikit air
Cara-cara
  1. tumis hirisan halia, bawang merah & putih bersama daun kari hingga garing

  2. masukkan rempah kari dan goreng sehingga garing

  3. masukkan sedikit air, kicap manis, cili padi dan serbuk ayam/garam

  4. masukkan ayam yg telah digoreng separa masak td, kacau sebati dan biarkan sehingga ayam betol2 masak

  5. akhir sekali masukkan tomato

  6. sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas dan popodum

Tags 
  •   ayam
  • Komen