Dihantar Oleh Pada 26 October, 2011
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: LOYANG 8"
Description

RESEPI DR KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG OLEH PN LILY

Share:
Bahan-bahan
  • 10 biji telur
  • 2 cawan gula kastor
  • 200g mentega
  • 1 cawan horlick
  • 1 cawan nestum
  • 3 cawan tepung kek
  • 1 tin susu pekat (boleh dikurangkan jika tidak suka manis)
  • 1 sk esen vanila
  • 2 sk pewarna hijau
Cara-cara
  1. Pukul telur hingga kembang.

  2. Masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga habis.

  3. Kacau mentega di bekas lain terlebih dahulu, kemudian masukkan ke dalam adunan telur tadi.

  4. Masukkan tepung kek yang telah di gaul bersama horlick dan nestum.

  5. Masukkan susu, esen vanila & pewarna hijau.

  6. Masukkan ke dalam loyang & kukus selama 1 jam atau sehingga masak

Komen