Resepi ?Mini Chocolate Eclairâ„¢

 Dihantar Oleh Pada 09 October, 2011
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 35 - 40 keping
Description

Puff yang sesuai dihidangkan dlm majlis keramaian... :)

Share:
Bahan-bahan
  • 1/4 cawan susu segar
  • 1/4 cawan air
  • 1/4 cawan mentega (1/4 buku)
  • 1 sk gula halus
  • 1/2 cawan tepung gandum - diayak
  • 2 biji telur
  • 1/2 sk esen vanilla
  • INTI CUSTARD :-
  • 550 ml susu segar
  • 90 g gula pasir
  • 60 g tepung custard
  • 1 sb mentega/majerin
  • CHOC. GLAZED :-
  • 100g dark chocolate
  • 30 g mentega
Cara-cara
  1. Masak susu,air,mentega dan gula hingga mendidih.

    open-uri20151010-29872-gsq48j
  2. Kecilkan api dapur dan masukkan tepung gandum dan kacau hingga adunan sebati.Matikan api dan terus kacau adunan lagi hingga 1-2 min.Biarkan adunan suam.

    open-uri20151010-29872-18cvddl
  3. Masukkan esen dan telur satu-persatu sambil dikacau adunan hingga lembut.

    open-uri20151010-29872-sxij90
  4. Masukkan adunan ke dalam piping bag dan gunting hujungnya sebesar 1/2 inc. Picit keluar adunan memanjang 1 1/4 inc dan berjarak di atas dulang pembakar.

    open-uri20151010-29872-1w9age2
  5. Bakar pd suhu 170C selama 25 min atau hingga keemasan mengikut kepanasan oven masing2.Angkat puff dan sejukkan di atas redai.

    open-uri20151010-29872-1jlpel7
  6. Isi puff dengan inti custard dan hias dengan choc cair.Tabur kekacang atau manik2 berwarna untuk mencantikkan lagi choc. ecalir jika suka.

  7. Untuk inti custard....masak 3 bahan pertama hingga pekat dan masukkan mentega/majerin dan kacau hingga sebati.Sejukkan custard dan isikan ke dalam piping bag dan picitkan secukup inti ke dalam puff.

  8. Utntuk choc. glazed...campur kedua bahan dan masak cara double-boil hingga cair.Ambil sekeping2 puff berinti dan celupkan permukaannya dgn choc. cair atau boleh disiramkan saja choc. cair ke atas puff dan hias ikut kreativiti masing2... :)

  9. Simpan mini choc. eclair di dalam peti sejuk untuk didinginkan,

Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua