Dihantar Oleh Pada 08 October, 2011
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 15-20 biji (tergantung saiz)
Description

Ambil dari blog,tp maaf x ingat yg mana 1. Mohon izin share resepi dsini!!!

Share:
Bahan-bahan
  • 2 biji kentang (rebus hingga empuk)
  • 500 gm tepung gandum
  • 1 bungkus yeast mauripan
  • 1/3 cawan mentega (saya guna butter)
  • 1/3 cawan air suam
  • 1/4 tin susu pekat manis @ susu cair
  • 1 sudu gula (kalau guna susu cair guna 4sudu gula)
  • Secubit garam
Cara-cara
  1. Rebus kentang hingga empuk. Lepas tu blender dgn air suam. Ketepikan.

  2. Dalam mangkuk besar, masukkan kentang yg telah diblender, mentega,susu,yeast, garam dan gula. Kacau sebati.

  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Adunan agak lembik tapi tak mengape. Bulat2kan dan perap hingga naik 2 kali ganda.

  4. Panaskan minyak, buat lubang dtengah adunan yg dah dbulatkan td. Goreng hingga perang. Jgn lupa dbalik2kan donat..

  5. Akhir sekali hias ikut suka. Nak celup coklat boleh, nak gaul dgn gula saja pun boleh. Ikut apa kata perut sendiri,hehee selamat mencuba!!!!

Komen