Resepi Udang Goreng Kembung

 Dihantar Oleh Pada 06 October, 2011
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: sehidangan
Description

Sedap ratah ngan sos+mayonis

Share:
Bahan-bahan
  • 20 ekor udang (Dibersihkan, dibuang kulit kecuali bahagian ekornya)
  • 3 sb (bumbung) tepung gandum
  • 1 sb (bumbung) tepung beras
  • 100 ml air
  • Garam secukupnya
  • 1/2 sk eno
Cara-cara
  1. Masukkan tepung gandum dan tepung beras ke dalam mangkuk besar.

  2. Kemudian masukkan sedikit garam dan 100 ml air.Kacau adunan sehingga sebati.(Ia akan kelihatan sedikit pekat) Adunan ini dipanggil bater

  3. Masukkan adunan (2)@bater ke dalam freezer seketika sehingga mahu digunakan.

  4. Keluarkan adunan@bater dari freezer dan masukkan eno.kacau sebati sehingga adunan nampak seakan berbuih-buih kecil dan adunan ringan.Eno dimasukkan ketika mahu digunakan untuk mendapatkan buble ia....

  5. Panaskan minyak, celup udang ke dalam (4) kecuali bahagian ekor dan putar2kan ia supaya salutan menjadi sedikit tebal dan goreng terendam sehingga kekuningan.Angkat dan toskan..

  6. Sedia di hidang bersama sos kegemaran

  7. NOTE : Ini adalah Eno yang saya maksudkan..Ada di jual di kedai2 runcit tak pun pasaraya dalam botol macamni atau dalam paket...Untuk resipi ni, digalakkan munggunakan perasa asli/regular supaya ia tidak menjejaskan rasa pada adunan tepung kita nanti...Tapi kalau nak cuba pelbagai perisa tak salah, ikut selera lah kan....

    open-uri20151010-29872-k2gqhz