Dihantar Oleh Pada 04 October, 2011
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: dpt 1 loyang 9''x 9''
Description

sesuai utk minum petang...atau bila2 masa aje.. :)

Share:
Bahan-bahan
  • 6 biji telur
  • 450gm gula pasir (klau tk suka manis boleh dikurangkan sikit..pada akak ok je)
  • 170gm tepung gandum
  • 2 sudu teh pandan paste
  • 285gm tepung cream crackers (biskut cream crackers dikisar halus)
  • 1420ml santan (dari 2 biji kelapa )
  • 2 sudu makan minyak sapi
  • 1 sudu teh garam
Cara-cara
  1. kacau gula dan telur hingga gula larut..kemudian masukkan tepung gandum...gaul sebati lalu masukkan santan sedikit2 sambil dikacau hingga santan habis kemudian ditapis.

    open-uri20151010-29872-12i9f6i
  2. gaulkan adunan santan dgn tepung biskut crackers...pastikan tidak bergentel.

  3. kemudian masukkan garam , minyak sapi dan pandan paste..gaul sebati.

    open-uri20151010-29872-dv9fkf
  4. masukkan adunan ke dlm loyang yg telah disapu minyak , masak sekejap diatas api dapur sehingga pekat sikit.

    open-uri20151010-29872-1di8p5f
  5. kemudian masukkan loyang kedlm oven yg telah dipanaskan dgn suhu 160c dan bakar lah sehingga masak...lebih kurang 1-11/2jam.

    open-uri20151010-29872-1oyt4w6
  6. biarkan betul2 sejuk baru dipotong dan boleh lah dihidangkan... :)

    open-uri20151010-29872-50wuem
  7. **utk dptkan tepung biskut yg halus sebaiknye diayak..