Resepi Roti Coklat

 Dihantar Oleh Pada 21 July, 2006
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 8 biji
Description

roti coklat berbentuk hati

Share:
Bahan-bahan
  • ** Bahan A**
  • 110g tepung roti
  • 2 sk dry yeast
  • 2 1/2 sb gula
  • 175ml susu segar ( 40 C/ suhu bilik)
  • ** Bahan B**
  • 110g tepung roti
  • 30g serbuk koko
  • 1/2 sk garam
  • ****************
  • 1/2 sb serbuk koko
  • 2sb gula halus
  • 1sb susu- utk sapu
Cara-cara
  1. Masukkan bahan A ke dalam mangkuk. Kacau biar sebati

  2. Masukkan bahan B, gaulkan. Kemudian keluarkan letak di atas papan canai.

  3. Ulilah sampai tak melekat kat tangan selama 10-15 minit. Ketuk-ketuk doh pada papan canai masa uli.

  4. Kemudian masukkan semula ke dalam mangkuk. Tutup dengan kain basah. Biar naik 2 kali ganda (lebih kurang 20 minit).

  5. Tekan dengan jari tulunjuk untuk menguji doh roti naik atau tidak. kalau dah nampak lubang kesan jari, bermakna dah naik.

  6. Tumbuk- tumbukkan doh untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan 10 minit.

  7. Ambik sebiji dan canaikan jadi lebih kurang 10 x 5 cm. Taburkan gula halus dan serbuk koko. Kemudian gulung macam gulung tikar. Kemudian lipat dua. Potong bahagian hujung lipatan

    data.jpeg
  8. lepas tu buka pada bahagian yang dipotong.

    open-uri20151010-29872-19pk68t
  9. Penaik selama 20 minit. Kemudian sapukan dengan susu.

  10. Siap untuk dibakar. Bakar pada suhu 180C selama 8 minit.

Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua