Resepi Ayam Pop

 Dihantar Oleh Pada 08 September, 2011
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4-6 org makan (seekor ayam)
Description

masakan indonesia, resepi daripada kawan baik saya, Kak ena...

Share:
Bahan-bahan
  • Ayam kampong 1 ekor potong 4....kat mydin ada jual...
  • 8 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 3 sudu makan cuka
  • garam secukupnya
  • air kelapa dari 2 biji kelapa
  • minyak utk menggoreng
  • Sambal Belacan Indonesia
Cara-cara
  1. tumbuk bawang putih. (blh juga blend)

  2. sapu & ratakan pada ayam.

  3. Masukkan air kelapa, cuka, garam, serai yg diketuk dalam periuk & kacau.

  4. Masukkan pula ayam & perap selama 2/3 jam.

  5. Selepas perap, rebus ayam hingga air kelapa hampir kering.

  6. Goreng ayam dlm minyak yg panas.

  7. Goreng utk 1-2 minit sahaja. Jangan terlebih garing.

  8. Sedia utk dimakan bersama nasi panas. Cicah dgn sambal belacan indonesia.

Komen