Dihantar Oleh Pada 01 September, 2011
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: ramai
Description

rendang tok ni ada macam2 versi..ikut selera masing2 lah kan...tapi saya suka style yg macam nih...

Share:
Bahan-bahan
  • 4 kilo daging - boleh potong 30 ketul utk satu kilo atau 18-20 ketul utk satu kilo..ikut suka la nak saiz yg mana
  • 1 kilo kelapa parut dibuat kerisik
  • 6 kilo pati santan
  • air secukupnya
  • 4 bawang besar - dihiris
  • 2-3 labu bawang putih- dihiris
  • 2/3 periuk kecil cili kering *- dibasuh dan direbus
  • 7 batang serai*
  • 2 inci lengkuas*
  • 2 inci hali* (bahan*diblend)
  • 7 sudu besar jintan kasar**
  • 7 sudu besar jintan halus** ( bahan ** disangai dan diblend halus)
  • 1/2 ketul gula kabung/ seketul gula melaka saiz kecil
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 10 biji buah pelaga
  • garam secukupnya
Cara-cara
  1. mula2 sediakan kuali besar atas dapur gas....kemudian masukkan daging...bawang besar dan putih yg telah dihiris, bahan2 kisar * dan **...masukkan gula kabung....kulit kayu manis dan buah pelaga.....santan dan kerisik..juga air....air tu biar hapus daging...hidupkan api..dan masak guna api kecil..

  2. kacau hingga rendang masak...biasanya 4 jam atau lebih baru masak rendang ni..ikut kuantiti daging...saya biasanya 2 jam awal tu saya guna api keciki..lepas tu saya besarkan skit apinya..tapi kena hati2 la takut nanti hangit lak rendangnya...kacau hingga warna rendang bertukar gelap......lepas tu baru masukkan garam...nak tau rendang dah masak..akan terbit minyak rendang ni dan jugak warna rendang tu bertukar gelap

  3. dah siap boleh la dimakan dgn lemang/ketupat dan jugak nasi minyak atau nasi putih pun sedap..:)

  4. (nota: kalau suka rendang yg macam rendang maknik perak tu atau yg biasa org jual tu...masukkan ketumbar dlm 7 sudu besar..lepas tu tambah lagi serainya..buat dlm 12 batang serai....kalau suka boleh masak dulu santan, bahan2 blend dan bawang2...rempah...masak biar naik bau dulu..kemudian baru masukkan daging dan bahan2 lain.....boleh tambah gula kalau suka rendang yg manis)