Dihantar Oleh Pada 21 April, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2 orang sahaja
Description

Untuk budak baru belajar yang terpaksa menyediakan sarapan sendiri.

Share:
Bahan-bahan
  • 6 keping roti
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil mayonis
  • Garam/serbuk lada hitam
  • Timun/tomato (dihiris )
  • Mentega untuk disapu pada roti
Cara-cara
  1. Hancurkan telur. Perasakan dengan garam atau serbuk lada hitam.

  2. Campurkan dengan mayonis dan kacau rata.

  3. Sapukan roti dengan mentega dan ratakan adunan telur di atas roti.

  4. Aturkan hirisan timun atau tomato. Lapik dengan sekeping roti lagi.

  5. Potong mengikut bentuk yang disukai.