Resepi Biskut Crunchy Nestum Rice

 Dihantar Oleh Pada 18 August, 2011
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 80 biji
Description

Resepi ni saya dapat dr blog dapurku sayang,saya xpernah buat biskut raya sebelum ni,ni first time saya try...menjadi jgk ye tapi xsecantik dayang jack buat la...huhuhu

Share:
Bahan-bahan
  • • 200 g marjerin**
  • • 1/2 cawan gula aising**
  • • sedikit esen vanilla-saya ltak beberapa titik esen pisang,masa tu esen vanila dh habis
  • • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • • 1/2 cawan tepung jagung
  • • 1/2 cawan nestum hancur
  • • 1/2 cawan nestum kasar
  • • 1/4 cawan tepung kastard
  • • 1/2 cawan coklat rise-terpulang nk ltak coklat shj atau warna warni,saya ltk yg warna warni
Cara-cara
  1. Putar marjerin bersama gula aising hingga berkrim,kemudian masukkan esen vanila dan putar lagi hingga sebati

  2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, tepung kastard, nestum dan coklat rise. Gaulkan adunan hingga sebati

  3. Kemudian bentuk2kan adunan bulat2 sebesar ibu jari atau kecil sikit,dan tekan dengan garpu.(boleh buat bentuk mengikut citarasa sendiri)

  4. griskan loyang dengan majerin,susun biskut atas dulang dan sapukan kuning telur dipermukaan biskut sebelum bakar

  5. bakar dengan suhu 160-170C selama 20 minit atau hingga keemasan,kemudian sejukkan biskut dan simpan dlm bekas kedap udara....

Tags 
Laporan MasakanLihat Semua (0)
Resipi berkaitanLihat Semua
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua