Dihantar Oleh Pada 20 April, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 1 orang
Description

Ni resipi rahsia daripada emak saya... Rindu dekat dia jadi gorenglah pisang ni. Sedap tau, ala-ala goreng pisang orang kampung.

Share:
Bahan-bahan
  • 1 biji pisang tanduk
  • 1/2 cawan tepung serbaguna
  • 1/2 sudu kecil kapur makan
  • 1/2 sudu besar garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 cawan air suam
Cara-cara
  1. Pisang dibuang kulit dan dihiris halus-halus secara memanjang. Campurkan bahan A sehingga sebati. Bancuhan ni mesti pekat agar nanti tepung ni bersalut dengan tepung. Panaskan minyak di dalam kuali, celupkan pisang ke dalam tepung yang siap dibancuh kemudian goreng sehingga kekuningan. Angkat. Siap untuk disantap. Inilah resipi rahsia daripada bonda kesayanganku, Puan Salbiah Harun.

  2. Nota: Tepung yang dibancuh tu kalau lebih boleh disimpan dalam peti ais.