Dihantar Oleh Pada 13 August, 2011
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 20 biji ++
Description

Belajar dari mak saya, mak tambah keledek supaya tak tercekik makan huhuhu

Share:
Bahan-bahan
  • Bahan Doh :
  • 1/2 peket tepung pulut
  • Air untuk menguli
  • 1 biji kentang atau keledek putih (rebus & dilecek)
  • Bahan Inti :
  • 1 biji kelapa parut (kalau boleh yg putih sahaja, dpt kelapa inti@tak berapa tua lagi bagus)
  • 1 ke 1.5 ketul gula melaka@ gula kabung + 2 cwn air
  • 2 sudu tepung pulut + suku cawan air
  • Bahan kuah :
  • 2 senduk tepung pulut
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 kotak santan
  • garam secukupnya
Cara-cara
  1. Mula2 buat inti kelapa : Masukkan gula melaka/kabung dlm kuali dan tambah air 2 cawan. Apabila gula sudah cair masukkan kelapa. Dikacau sampai kering. Apabila hampir kering curah air tepung pulut dan kacau lagi. Tutup api dan ketepikan

  2. Kemudian buat kuah pula : Campur semua bahan dlm periuk dan sentiasa kacau atau api sederhana. Apabila sudah pekat tutup api

  3. Untuk doh : Campur tepung pulut dan kentang/keledek lecek hingga berderai rata. Kemudian masukkan air dan uli sehingga doh senang dibentuk

  4. Cara masak kuih ada dua cara : Tradisional atau sempoi :)

  5. Sempoi : Didihkan air dlm periuk. Ambil doh sebesar penumbuk baby, leperkan & masuk inti. Rebus hingga terapung. Angkat kuih yang terapung tu dan sira dgn kuah santan satu persatu supaya kuih tak melekat antara satu sama lain

  6. Tradisional : Siapkan pengukus & didihkan air. Didalam mangkuk hidang, alas daun pisang kemudian curah sedikit kuah santan. Ambil plastik, tepek doh & letak inti kemudian dilekap seperti karipap. Susun Kuih dlm mangkuk & curah kuah santan. Kukus hingga masak. Sebelum dihidang curah lagi baki kuah yang ada

Komen