Dihantar Oleh Pada 13 August, 2011
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: bergantung kepada berapa banyak kulit popia yang dilipat
Description

sesuai untuk penggemar susu tepung. Sekali cuba tak boleh berhenti. Sesuai juga untuk dibawa ke jamuan sekolah anak - anak. Boleh tahan sampai petang dan tak basi. mesti semua orang suka.

Share:
Bahan-bahan
  • kulit popia (dipotong 4)
  • 2 sudu besar Nestum
  • 2 sudu besar Susu tepung (saya biasa guna susu fearnleaf)
  • 1 sudu besar gula
Cara-cara
  1. Mula - mula, lipat kulit popia yang telah dipotong empat 2 kali dari bucu ke bucu. Pastikan ia tidak terbuka. Untuk melekatkannya, lebih mudah titiskan air di bucu kulit popia seperti gam.

    data.jpeg
  2. Panaskan kuali sehingga betul - betul panas.

  3. Masukkan kulit popia ke dalam kuali. Gorengkan ia sekejap sahaja kerana ia mudah masak. Jangan terlalu awa dan jangan terlalu lewat.

    open-uri20151010-29872-u7e7d8
  4. Blendkan nestum, susu tepung dan gula bersama.

    data.jpeg
  5. Golekkan popia yang telah siap digoreng di dalam mixture tadi. Golekkan sampai habis popia goreng. Kalau tak cukup mixture, buat mixture yang baru dengan mengulangi langkah 4 tadi.

    open-uri20151010-29872-11eufm8
  6. Dah siap Suci dalam debu anda. Selamat mencuba.

    open-uri20151010-29872-1mf15lf
Komen