Rendang Ayam Cili Padi

Resepi Rendang Ayam Cili Padi

 Dihantar Oleh Pada 12 August, 2011
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: Untuk 4 orang makan
Description

Resepi masakan ini peninggalan arwah emak. Sesuai untuk keluarga miskin kerana tidak memerlukan belanja yang mahal.

Share:
Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam tua atau ayam kampung yang telah dibersihkan dan dipotong kecil
  • 3 biji kelapa diperah santan. Asingkan santan yang pekat dan santai cair
  • 30 biji cili api (boleh ditambah kalau mahu lebih pedas)
  • 4 inci kunyit hidup
  • 5 batang serai
  • 3 helai daun kunyit
  • Garam dan aji no moto secukup rasa
  • 1 biji kelapa untuk buat kerisik
Cara-cara
  1. Bahan-bahan seperti cili api, kunyit hidup dan serai dikisar halus

  2. Masukkan ayam dalam kuali yang sesuai. Gaul ayam dengan bahan yang dikisar bersama santan cair

  3. Letakkan di atas dapur dengan api yang sederhana. Kacau selalu dan biarkan mendidih sehingga kering sedikit santan cair tu. Masukkan asam keping, garam dan serbuk perasa secukupnya

  4. 4. Apabila hampir kering masukkan santan pekat bersama daun kunyit

  5. 5. Setelah dianggarkan ayam telah empuk dan santai cair telah kering, masukkan kerisik

  6. Kacau lagi dan dihidangkan bila ayam betul-betul empuk dan rendangnya kering

Resipi berkaitanLihat Semua
Komen