Resepi Kerabu Perut Kelantan

 Dihantar Oleh Pada 11 August, 2011
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4-5 orang
Description

makanan favorite bln puasa zaman sekolah dulu

Share:
Bahan-bahan
  • Bahan A
  • 500 gram perut lembu
  • Ikan kembong seekor(kalau ikan selar kuning 3/4)*lebihkan ikan untuk rasa yang lebih umph!*
  • lada hitam/lada sulah
  • bawang merah besar(bawang India) 1 labu
  • Bahan B
  • bawang merah besar 1 labu di mayang
  • cili merah dimayang
  • 1 bunga kantan dimayang
  • kelapa parut untuk dibuat kerisik
  • 1 biji tomato di potong dadu (kalau tak letak pun takpe)
  • asam limau nipis/limau kasturi
  • garam
  • gula
  • santan RM1
  • Kacang panjang RM1/seikat dan dimayang halus2
Cara-cara
  1. Ok! Mula2 sekali hiris perut lembu itu memanjang kemudian direbus sehingga empuk dan toskan .

  2. Panggang ikan jadi ikan bakar(kalau saya nak cepat saya rebuskan saja dengan sedikit air).

  3. Sediakan kerisik: Goreng lebihkurang secawan kelapa parut tanpa minyak sehingga garing dan warna bertukar menjadi perang. Tumbuk kelapa hingga nampak keluar minyak Ok dah siap kerisik

  4. Tumbuk lada hitam, kemudian tumbuk bawang dari bahan A, tak lumat sangatpun tak mengapa. Kemudian masukkan isi ikan yang dipanggang/rebus tadi, tumbuk lagi.

  5. Bila dah siap 4 peringkat tadi campurkan semua yang dalam lesung tadi, kacang panjang dan kesemua bahan B dalam satu mangkuk besar. Kacau-kacaukan hingga rasanya serasi.... masin ada, manis dan masam... Selamat mencuba!

Laporan MasakanLihat Semua (0)
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua