Resepi Nasi Tomato Express & Mudah (Aslieya's Recepi)

 Dihantar Oleh Pada 04 August, 2011
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: Untuk 2 org Makan
Description

Nasi Tomato ni resepi sendiri...untuk masak cepat & express lepas balik keje...boleh buat dalam masa 1 jam termasuk set lauk-pauknya..Biasanya set Nasi Tomato saya ni dengan Ayam Masak Merah, Pajeri Terung & Acar Timun...

Share:
Bahan-bahan
  • -Bahan Utama-
  • 1.5 pot Beras
  • 2 biji Buah Tomato (dikisar)
  • -Bahan yang dihiris-
  • 1/2 biji Bawang Besar
  • 1 ulas Bawang Putih
  • 1/2 cm Halia
  • 1 batang Serai
  • -Lain2 bahan-
  • Kulit Kayu Manis & Bunga Lawang
  • Sedikit Kismis
  • Sedikit garam
  • 3 sudu makan minyak masak
Cara-cara
  1. Masukkan Minyak dalam periuk Nasi.

  2. Bila Minyak sudah panas, tumis Kayu Manis & Bunga Lawang bersama bahan yang dihiris sehingga naik bau.

  3. Masukkan beras yang sudah dibasuh.

  4. Masukkan Tomato yang dikisar & tambah air secukupnya untuk menanak nasi.

  5. Masukkan sedikit garam & kacau sedikit (supaya sebati)

  6. Masukkan kismis.

  7. Tutup periuk hingga nasi masak.

  8. *Nasi ni tak buh susu cair, sebab mmg xsuka bubuh,..tapi rasanye memang best.., cubalah!! :)

  9. Bila nasi masak, boleh dihidangkan & untuk menarik lagi taburkan daun sup & bawang goreng...

Resipi berkaitanLihat Semua
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua