Dihantar Oleh Pada 17 July, 2011
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2-3 org
Description

Mcm cakoi tp crispy diluar lembut didlm.. bley mkn begitu saje.. nak lg sedap celup ngan coklat cair.. bahan2 pun mudah saje.. slmt mencuba

Share:
Bahan-bahan
  • • 1 cawan air
  • • 1 sudu makan gula
  • • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • • 1 biji telur - size L
  • • 1/2 sudu kecil garam
  • • 1 sudu makan butter
Cara-cara
  1. • Didihkan air, garam, butter dan juga gula. Kecilkan api.

  2. • Masukkan tepung. Kacau cepat2 agar tepung tidak berketul kemudian angkat dari api (adunan akan melekat2)

  3. • Terus masukkan telur dan kacau sebati.

  4. • Bulatkan adunan jd doh kecil2 dan masukkan ke dalam acuan (bleh gune nozle bentuk bintang dan masukkan dlm piping cetak yg aluminium tu)

  5. • Tekan acuan dan biarkan doh keluar sepanjang 2-3 inci kemudian potong (ikut suka nak pnjg mana)

  6. • Panaskan api dan goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan.

  7. • Taburkan gula+cinnamon kalau suka atau celupkan je dalam coklat cair hersley tu..