Resepi Bingka Pisang

 Dihantar Oleh Pada 12 July, 2011
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 keping (guna acuan bahulu kemboja)
Description

Hidangan untuk minum petang yang mudah disediakan, resipi Pn Rubiah Suparman..

Share:
Bahan-bahan
  • 10 biji pisang
  • 2½ cawan santan
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula
  • Sedikit garam
Cara-cara
  1. Lecek 5 biji pisang. Masukkan santan, tepung, gula dan garam, gaul sebati.

  2. Potong/hiris baki 5 biji pisang tadi. Masukkan ke dalam adunan, gaul rata.

  3. Tuang ke dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak dan bakar hingga masak (ikut kesesuaian oven sendiri).

  4. Jika nak bakar dalam acuan bahulu kemboja, panaskan acuan yang telah disapu sedikit minyak di atas api kecil. Tuang adunan hampir memenuhi acuan, tutup dengan tudung periuk/foil.

  5. Bakar selama lebih kurang 15-20 minit di atas api kecil. Kemudian, masukkan acuan ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dan bakar pula dengan api atas selama lebih kurang 15-20 minit (saya bakar dengan suhu 210?C).

  6. Ini gambar kuih yang telah dipotong.. tekstur kuih lembut dan sedap..

    open-uri20151010-29872-5yx7xr
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua