Dihantar Oleh Pada 14 April, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 8-10 orang makan
Description

Cucur udang yg menyelerakan..ermmm..dapnye... untuk minum ptg ni...

Share:
Bahan-bahan
  • 1 kilogram tepung gandum
  • 500 gram udang yang telah dikupas kulitnya ( potong dadu & rebus seketika )
  • 5 biji bawang merah ( kecil )
  • 5 tangkai daun sup @ saderi ( hiris halus )
  • 5 tangkai daun bawang ( potong halus )
  • 3 biji cili merah besar ( buang biji & dipotong dadu )
  • 1 biji telur
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • Air secukupnya
  • Sedikit kunyit, garam & serbuk perasa
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-cara
  1. Campurkan tepung gandum,serbuk kunyit dan tepung beras bersama sehingga mesra.

  2. Masukkan telur, daun bawang, daun saderi, cili merah dan bawang ke dalam adunan tepung. Gaul rata.

  3. Masukkan air secukupnya dan bubuh kiub pati ikan bilis, garam dan serbuk perasa secukupnya. Kacau sebati.

  4. Panaskan minyak dan goreng hingga keemasan. Enak dihidangkan semasa minum ptg bersa dengan sos cili.

Komen