Dihantar Oleh Pada 13 April, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 8 biji
Description

Enak dimakan masa panas (rangup begitu).

Share:
Bahan-bahan
  • Untuk buat doh pastri:
  • 130ml air sejuk (peti ais)
  • 250g tepung roti
  • 30ml minyak jagung
  • 1 biji jus limau nipis
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 180g pastri marjerin
  • Untuk inti:
  • 1 tin sardin saiz sederhana (buang kuah & tulang ikan tu)
  • ½ biji jus limau nipis + secubit garam (kalau tak nak terpulang)
  • *Bahan-bahan inti ni macam nak buat roti sandwich biasa tu, lecekkan semua, biar kering sikit, ganti inti macam inti karipap tu pun boleh, terpulang pada selera masing-masing)
  • Untuk sapu atas pastri:
  • ¼ telur + 1 sudu kecil susu segar, kacau-kacaukan (sapu sebelum bakar), mentega (sapu selepas bakar)
Cara-cara
  1. Dalam satu bekas, masukkan bahan doh KECUALI pastri marjerin (ikut susunan iaitu mula-mula masukkan air). Kemudian gaul dengan tangan pastu uli hingga sebati. Kemudian perap (tutup bekas dengan pembalut) selama lebih kurang 1 jam. Selepas perap tu, bermulalah adegan lipat-melipat (saya buat ni malam tadi jadi ni versi pantas..iaitu lipat sekali aje). Ni langkah-langkah amatur saya, kalau nak yang pro, rujuk: http://www.ibiblio.org/expo/restaurant/techniques/pastry.html

  2. Mula-mula ambil pastri marjerin, letak atas pembalut kemudian canaikan. Bentuk pastri marjerin yang dah dicanai seelok-eloknya segiempat (tebal dalam 0.5cm), agak-agak lebar saiznya muat masuk dalam doh pastri nanti. (Memandangkan saya versi cepat, halal je herot-berot). Dah siap canai, ketepikan dulu.

    open-uri20151010-29872-109u2l5
  3. Sekarang ambil doh yang siap perap 1 jam tadi; canaikan (pencanai & papan pencanai lebih baik ditabur tepung supaya tak melekat). Buat saiz segiempat besar (tebal agak-agak lebih sikit dari 0.5cm, tebal sikit agar bila melipat karang tak terkoyak) supaya tengah-tengahnya nanti boleh muat letak pastri yang dah jadi segiempat leper tadi).

    open-uri20151010-29872-pct5d6
  4. Siap canai doh pastri, letak pastri marjerin di tengah-tengahnya (agar bahagian kiri, kanan, atas & bawah doh boleh menutupi pastri marjerin tu). Mula-mula lipat bahagian atas & bawah. Canaikan sikit untuk kemas-kemaskan, jangan tekan kuat sangat, perlahan je (mampat sangat pastri tak berlapis-lapis pulak).

  5. Gambar ni boleh nampak pastri marjerin ada dalam doh yang sudah dilipat atas bawah. Kemudian lipat ke dalam yang sebelah kiri.

    open-uri20151010-29872-wdwao7
  6. Akhir sekali lipat ke dalam yang sebelah kanan. Betul-betulkan bentuk dia, canaikan lagi untuk dapatkan saiz segiempat kemudian ulang lipat-melipat bermula dari langkah lipat atas & bawah tu (kalau terus untuk lipat kali kedua pun pastri ok gak jadinye).

    open-uri20151010-29872-y0mz91
  7. Dah jadi segiempat cantik, belah dua tengah-tengah, seperti dalam gambar sebelah. Pastu bahagian yang atas potong kepada 4 & bawah pun 4, nanti semua akan dapat 8 pastri/puff.

    open-uri20151010-29872-aiz9s6
  8. Ambil satu dari 8 keratan doh, canaikan sket (jika perlu nak panjangkan/lebarkan sket ke); kemudian letak inti dalamnya.

    open-uri20151010-29872-kp32fr
  9. Tutup inti doh pastri tu (macam buat karipap). Pastu tekankan dengan jari di 3 sisi pastri tu.

    open-uri20151010-29872-1yoik99
  10. Kemudian buat alur-alur di 3 sisi pastri dengan garpu (ni hias je & supaya keliling tu tertutup kuat sikit).

    open-uri20151010-29872-1bktab3
  11. Doh pastri yang dah sedia untuk dibakar, atas loyang yang digriskan. Sebelum tu, sapukan campuran telur & susu atas permukaan.

    open-uri20151010-29872-ij6kki
  12. Bakar dalam oven dengan kepanasan 170C dalam selama 20 minit kalau tak silap (sebab oven saya meragam memang tak boleh nak kata tepat berapa lama & suhu berapa). Bila siap bakar, bawa keluar kemudian sapukan dengan mentega atas permukaan pastri/puff.