Dihantar Oleh Pada 05 July, 2011
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 orang
Description

Mudah jer..insyaAllah menjadi

Share:
Bahan-bahan
  • 3 cawan kecil (saya guna bekas coleslow kfc) kacang ulunthu-boleh beli di kedai runcit india
  • 2 cawan kecil beras
  • Air garam
Cara-cara
  1. Kacang ulunthu dan beras (direndam semalaman)

  2. Keesokan paginya, kisar halus bahan yang direndam & biarkan (peram) pada suhu bilik

  3. Petangnya, bila adunan dah berbuih , sedia untuk dimasak (bila nak masak barulah dimasukkan garam/air garam)

  4. Panaskan kuali leper, sapukan sedikit minyak rata2 pada permukaan kuali dengan menggunakan kain kecil. Pastikan adunan agak cair seperti membuat kuih dadar.

  5. Bila kuali dah betul2 panas, tuangkan sesenduk adunan sambil diangkat/pusing kuali supaya adunan bulat seperti kuih dadar (orang utara kata kuih ketayap)

  6. Sedia untuk dimakan bersama kuah sardin, kari atau kuah dhal. Selamat mencuba!

Komen