Dihantar Oleh Pada 13 April, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 1 buku
Description

Roti kosong biasa dijual di kedai-kedai. Sumber resipi : Chef Anuar.

Share:
Bahan-bahan
  • 500g tepung roti
  • 25g mentega
  • 25g lemak sayuran
  • 20g gula
  • 10g yis kering
  • Secubit garam
  • 260ml air
Cara-cara
  1. Campur rata kesemua bahan kering.

  2. Masukkan mentega & lemak sayuran, gaul rata.

  3. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga rata.

  4. Uli hingga menjadi doh lembut.

  5. Tutup dengan plastik & rehatkan selama kira-kira 20 minit.

  6. Tumbuk doh untuk mengeluarkan udara.

  7. Lipat/gulung doh ketat-ketat dan masukkan ke dalam loyang pembakar roti empat segi bujur berpenutup yang telah disapu mentega.

  8. Rehatkan doh selama kira-kira 45minit/1 jam atau sehingga doh naik & hampir memenuhi ruang loyang.

    open-uri20151010-29872-hwnj1j
  9. Bakar pada suhu 200C kira-kira 45 minit.