Dihantar Oleh Pada 12 April, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 40 - 45 biji
Description

Kuih tradisi yang jarang didapati.

Share:
Bahan-bahan
  • ½ peket tepung beras
  • 1 cawan tepung kanji
  • Air kelapa (diambil dari sebiji kelapa)
  • 1 cawan gula pasir (boleh dilebihkan sikit jika suka manis)
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit air jika perlu
  • Pewarna disukai
Cara-cara
  1. Gula pasir dimasak bersama air dan daun pandan sehingga larut. Kemudian disejukkan.

  2. Tepung kanji dan tepung beras dicampur lalu dimasukkan air gula yang disejukkan tadi serta air kelapa. Kacau hingga rata dan tak bergentel.

  3. Sekiranya adunannya masih pekat, boleh ditambahkan sedikit air. Kacau rata. (Kalau adunan tu tak melekat kat senduk, kira dah ok la tu). Adunan dibahagi 2-3 bahagian dan letaklah pewarna yang disukai. Kacau rata.

  4. Sementara itu panaskan periuk kukus. Bila mendidih, letak acuan sekejap dalam periuk kukus. Kemudian tuangkan adunan tadi ke dalam acuan yang telah dipanaskan. Kukus hingga masak.

  5. Bolehlah dimakan dengan kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam. Jika tiada acuan, boleh diganti dengan loyang.