Resepi Kacang Kuda Pedas Ikan Bilis

 Dihantar Oleh Pada 02 July, 2011
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: seisi keluarga dan kawan-kawan juga
Description

resepi sendiri

Share:
Bahan-bahan
  • Kacang kuda - direndam semalaman dan direbus hingga empuk dan tos airnya
  • Ikan bilis - digoreng
  • 1 biji bawang besar - dihiris
  • Asam jawa dibancuh dengan air
  • Serbuk cili - letak mengikut selera pedas masing-masing
  • Daun ketumbar / daun kari
  • Garam + gula secukupnya
Cara-cara
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang.

  2. Masukkan serbuk cili + air asam jawa (jangan letak bijinya). Biarkan serbuk cili masak dan menjadi pekat.

  3. Masukkan gula dan sedikit garam.

  4. Masukkan kacang kuda yang siap direbus empuk dan ditos tadi. Biarkan hingga kering.

  5. Masukkan daun ketumbar atau daun kari. Akhir sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

  6. Sangat-sangat sesuai dimakan dengan apa-apa jenis nasi dan nasi bubur.

  7. Selamat mencuba. :)

Resipi berkaitanLihat Semua
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua