Jeruk Mangga Rangup

Resepi Jeruk Mangga Rangup

 Dihantar Oleh Pada 30 June, 2011
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 1 tupperware
Description

enak dimakan bila-bila masa terutama yg suka jeruk. resepi dari seorang kawan.

Share:
Bahan-bahan
  • 8-10 biji mangga muda
  • 1 sudu besar kapur makan
  • 3-4 sudu besar garam kasar
  • air secukupnya
  • 1-2 cawan gula pasir
Cara-cara
  1. 1. Kupas kulit mangga dan belah 4 @ 6 dan cuci bersih.

  2. 2. Rendamkan mangga tadi ke dalam bekas berisi air dan kapur masakan selama 15 minit. Kemudian toskan dan cuci.

  3. 3. Masukkan mangga tadi ke dalam bekas tambahkan air sehingga menutupi semua mangga dan tambahkan garam. Tutup bekas dan peram selama 2 hari.

  4. 4. Masak air gula di dalam periuk. Setelah 2 hari di peram toskan mangga tadi dan masukkan ke dalam bekas yang bersih. Masukkan air gula yang telah sejuk, tutup bekas dan biar selama 3-4 jam baru masuk ke dalam peti sejuk. Setelah 3 hari keluarkan dari peti sejuk dan boleh makan. Sedap, rangup. Boleh simpan selama 1-2 minggu di dalam peti sejuk tapi buang air gula tadi untuk mengelakkan mangga lembik.

Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua