Dihantar Oleh Pada 30 June, 2011
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 org
Description

Senang je buat nye.. Ala2 barat gitu.. Sesuai utk breakfast..utk minum ptg pun sesuai.. Sedap dimakan dengan sos dan mayonis.

Share:
Bahan-bahan
  • 4 biji Telur - dipukul dengan sedikit garam & lada hitam
  • 1 biji Bawang Holland - dirotong dadu kecil2
  • 1 btg Sosej - dipotong dadu kecil2
  • 2 ketul Dada ayam - dipotong dadu kecil2
  • 5tangkai Cili padi - dipotong bulat2 (kalu tak suka pedas tak yah letak)
  • Sedikit belacan (kalu nak letak ikan bilis tumbuk pun boleh jugak)
  • Sedikit Mix Vege
  • Keju Mozarella (Letak keju lain pun boleh)
  • 1sudu Butter
  • Garam & lada hitam
Cara-cara
  1. Cairkan butter. Tumiskan bawang hingga layu.

  2. Masukkan sosej & ayam. Kacau hingga masak bahan2 tu.

  3. Masukkan cili padi, belacan, mix vege, garam dan lada hitam. Kacau sekejap.

  4. Kecilkan api & masukkan telur. Kacau sekejap pastu buat bulat mcm telur dadar. Tutup dalam 5 minit hingga telur masak.

  5. Bila dah masak, taburkan keju di atas telur tadi. Tutup api. Bila keju dah cair boleh la diangkat.

  6. * Ayam & sosej boleh jugak ditukar dengan bahan2 lain seperti isi ketam atau daging cincang.

  7. * Boleh juga ditambah dengan mee segera yang sudah direbus ke dalam telur. Jadi mcm murtabak mee.

Komen