Resepi Roti Pita Ayam

 Dihantar Oleh Pada 14 July, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 orang
Description

Isi ayam dan salad

Share:
Bahan-bahan
  • 4 keping roti pita
  • 2 keping dada ayam - potong nipis
  • * 2 sudu kecil Sos Worcestershire
  • * Garam
  • * Serbuk lada hitam
  • * 1 ulas bawang putih-parut
  • * 1cm halia-parut
  • 1 biji telur
  • Salad
  • Tomato
  • Sos tomato/cili
  • Mayonis
  • Tepung secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-cara
  1. Perap isi ayam dengan semua bahan bertanda (*) selama 30 minit atau lebih.

  2. Pukul telur. Celupkan isi ayam ke dalam telur dan golekkan dengan tepung. Kemudian goreng dengan minyak panas sehingga masak.

  3. Potong 2 roti pita. Selepas itu isilah salad, tomato, ayam dan juga sos.

  4. Siap untuk dimakan.