Dihantar Oleh Pada 10 April, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: loyang 9"
Description

Kek coklat lembap bersama ganache..

Share:
Bahan-bahan
  • 2 cawan gula (kisar)
  • 2 cawan tepung (ayak)
  • 3 biji telur gred A
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak (saya guna mentega cair)
  • 1 cawan air panas didih
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Ganache:
  • 2 cawan krim putar (bukan tenusu)
  • 500g coklat masakan
  • 1/8 cawan 'golden syrup'
  • Krim putar:
  • 1 cawan krim putar (bukan tenusu)
Cara-cara
  1. Tepung + serbuk koko + soda bikarbonat + serbuk penaik di ayak bersama.

  2. Pukul gula dan telur sampai kembang, tambahkan esen vanila.

  3. Masukkan susu dan minyak/mentega cair dalam adunan, kacau sebati.

  4. Masukkan bahan yang diayak (cara 1) ke dalam adunan. Gaul dengan cara kaup balik.

  5. Akhir sekali, masukkan air panas..kacau sebati.

  6. Bakar selama 45 minit pada suhu 175-180C. Boleh juga kukus selama lebih kurang 1 jam.

  7. **Untuk ganache:

  8. Dalam mangkuk kecil, didihkan krim putar.

  9. Bila dah didih, padam api...dan masukkan coklat masakan. Kacau sebati.

  10. Tambahkan 'golden syrup'.

  11. Ambil 1 cawan ganache..bakinya simpan dalam peti sejuk.

  12. **Untuk krim putar: Pukul 1 cawan krim putar sampai bertanduk, kemudian tuangkan 1 cawan ganache yang di ambil dari langkah sebelum ini. Kacau sebati.

  13. Kek yang dah siap..dipotong tengah-tengah. Sapukan dengan krim putar dari langkah di atas. Kemudian lapiskan dengan kek yang separuh lagi...sapu hingga menutupi keseluruhan kek. Kemudian, simpan dalam peti sejuk lebih kurang 30 minit.

  14. Ambil kek yang dah disapu krim putar tadi, sapukan pula dengan ganache yang kita dah simpan dalam peti (rujuk langkah 11). Simpan semula dalam peti lebih kurang 30 minit.