Dihantar Oleh Pada 09 April, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: berapa2 orang pun boleh
Description

Resepi ibu saya..

Share:
Bahan-bahan
  • Bahan Tumbuk :
  • 2 - 3 biji cili merah
  • 3/4 biji bawang merah
  • 2 sudu teh belacan
  • Bahan Hiris :
  • 1 biji bawang merah
  • 1 biji cili merah
  • 1 biji tomato
  • air asam jawa secukupnya
  • garam secukup rasa
  • jus limau
Cara-cara
  1. Tumbuk semua bahan tumbuk sehingga sebati (cili merah tak perlu halus sangat). Buat macam sambal belacan. Setelah siap, pindahkan ke dalam sebiji mangkuk.

  2. Masukkan garam secukupnya. Tak perlu banyak sangat kerana belacan dah masin.

  3. Hiriskan semua bahan hiris.

  4. Masukkan air asam jawa ke dalam sambal yang ditumbuk tadi, agak-agak jangan terlalu masam.

  5. Akhir sekali, masukkan semua bahan hiris ke dalam air asam. Tambahkan perahan limau secukupnya.