Resepi Singgang Ikan Kembung

 Dihantar Oleh Pada 09 April, 2007
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 6 orang
Description

Masakan tradisional masyarakat Kelantan. Menu sihat dan senang dimasak.

Share:
Bahan-bahan
  • 1kg - ikan kembung ( lebih kurang 6-7 ekor)
  • 4 ulas - bawang putih (dihiris / diketuk)
  • 2 inci - lengkuas (dihiris)
  • 2-3 keping - asam keping
  • garam dan gula sesedap rasa
  • cili padi jika mahu pedas
  • air secukupnya
Cara-cara
  1. Ikan kembung dibersihkan. kalau mahu jimat potong dua pun boleh

    open-uri20151010-29872-ag2j3a
  2. Masukkan ke dalam periuk ikan, bawang putih, lengkuas, dan asam keping serta air agak-agak tenggelam ikan. Air jangan banyak sangat

  3. Agak-agak mendidih, perasakan dengan gula dan garam sesedap rasa. Ketuk cili padi dan masukkan ke dalam masakan

    open-uri20151010-29872-1tmmrvj
  4. Sudah sedia untuk dihidangkan. Boleh masukkan bendi untuk menceriakan hidangan.

  5. Makanlah dengan nasi panas. Kalau ada budu dengan limau serta lada pun bagus. Tambah lagi dengan ikan masin goreng serta masak lemak pucuk labu. Tunggu...

Tags 
Resipi berkaitanLihat Semua
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua