Dihantar Oleh Pada 04 June, 2011
Masa penyediaan: 
Hidangan: banyak
Description

buat semalam utk kudap2an dan utk anak bawa pulang ke hostel. yg ini versi melayu kot, sbb sedikit spicy & xde rasa pahit slepas memakannya. tiap Raya msti buat..hehe..

Share:
Bahan-bahan
  • 1 bungkus tepung maruku & 1 bungkus tepung pulut
  • 1 senduk nasi serbuk kari daging
  • 1 senduk nasi bijan
  • 2 senduk nasi cili kisar
  • 7 ulas bawang putih
  • 1/2 senduk nasi udang kering
  • 2 cawan santan
  • 1 sudu makan garam & 1 sudu makan gula
  • 2 biji telur besar atau 3 biji jika kecil
  • 8 tangkai daun kari
  • minyak utk goreng terendam
Cara-cara
  1. campurata kedua2 tepung, bijan dan juga serbuk kari.

    open-uri20151010-29872-tq4s9o
  2. satukan cili kisar, bwang putih, udang kering, santan, garam & gula, pastu kisar hingga sebati. pastu masukkan telur lalu dikisar sebentar dlm 6 saat.

  3. campurkan bahan kisar bersama tepung dan uli hingga menjadi satu doh yg lembut. tambah air biasa jika perlu.

    open-uri20151010-29872-fvp9qp
  4. panaskan minyak dlm kuali(jika nak buat maruku halus). masukkan doh dalam acuan maruku, bila minyak telah panas, paipkan adunan ke dlm minyak. guna api sederhana saja. dlm 3 minit menggoreng, taburkan sedikit daun kari kedalam minyak tu. goreng hingga ranggup. kemudian angkat dan toskan.

    open-uri20151010-29872-ylsacr
  5. jika nak buat maruku yg kasar, goreng dlm pan supaya senang nak buat bentuk bulat. tp kena hati2, api jangan panas sangat, supaya dlmnya masak dgn sempurna.

    open-uri20151010-29872-13tsaml
  6. yg ini maruku kasar.

    open-uri20151010-29872-fwah9o