Resepi ?Kek Velvet Pelangi/Marble Kukusâ„¢

 Dihantar Oleh Pada 27 May, 2011
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: loyang 9x6x3 / 8 inc
Description

menambah satu lagi kek velvet yang dikukus... :)

Share:
Bahan-bahan
  • 4 biji telur - A yang sejuk dr petiais
  • 3/4 cawan gula halus/perang (180g)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum (180g) - diayak
  • 3/4 sk baking powder
  • 1/2 sb penuh ovallete
  • 1/4 sk garam
  • 7 1/2 sb susu sejat (120g)
  • 1 sk esen vanilla
  • 1/3 cawan minyak jagung/mentega cair (80g)
  • 3 atau 4 pewarna pilihan
Cara-cara
  1. Panaskan kukusan.Loyang dialas kertas dan digris.

  2. Satukan kesemua bahan2 ke dalam mangkuk mixer kecuali minyak dan pewarna dan pukul hingga kembang.

    open-uri20151010-29872-1a36c3t
  3. Masukkan minyak dan kacau perlahan2 hingga adunan sebati.

    open-uri20151010-29872-17s3kl2
  4. Bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan dengan warna2 pilihan.

    open-uri20151010-29872-5au5f6
  5. Bubuh adunan berselang-seli warna ke dalam loyang hingga habis.

    open-uri20151010-29872-1t8q6s2
  6. Tutup loyang dengan alum. foil yg digris dan kukus selama 45 min. atau hingga kek masak.

    open-uri20151010-29872-1vsja08
  7. Buka segera alum.foil tadi dan biar kek di dalam loyang 5-10 min dan terbalikkan atas redai kek untuk disejukkan.

    open-uri20151010-29872-x5hwof
  8. Setelah sejuk,potong dan hidangkan.

    open-uri20151010-29872-4qa8en
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua