Resepi Kuih Angku Mudah

 Dihantar Oleh Pada 20 May, 2011
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 15 biji saiz sederhana
Description

Kuih kegemaran keluarga, mudah dan sedap

Share:
Bahan-bahan
  • 1/2 kg tepung beras pulut
  • dua-tiga titik pewarna merah
  • secubit garam
  • 15 sb kacang tumbuk dicampur dengan 10 sb gula kasar(kalau nak manis tambah gula)
  • 1/2 sk minyak masak
  • air
  • daun pisang yang telah dicuci dan direbus, potong empat segi saiz 7 x 7 cm
Cara-cara
  1. Campurkan tepung beras pulut dengan pewarna merah, garam dan minyak masak.

  2. Masukkan air ke dalam adunan tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan lembut tetapi tidak melekit di tangan.

  3. Bahagikan adunan kepada 15 bahagian dan bulatkan. Leperkan bulatan adunan dan isi dengan campuran kacang tumbuk + gula.

  4. Letak atas daun pisang (kalau tak nak melekit, sapu adunan dengan sedikit minyak masak sebelum letak di atas daun pisang)

  5. Kukus selama 10-15 minit dan hidang panas2.

Laporan MasakanLihat Semua (0)
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua