Dihantar Oleh Pada 05 April, 2007
Kategori:  Kuih Tepung
Masa penyediaan: 
Hidangan: 10-12 biji
Description

Semalam belajar dari kawan, my 1st trial. Sungguh tak mengecewakan.

Share:
Bahan-bahan
  • 500gm tepung gandum
  • 90gm gula
  • 350ml susu suam
  • 340gm butter
  • 15gm yeast
  • sedikit garam
  • telur untuk kilatkan croissant
  • tepung untuk dusting
Cara-cara
  1. Masukkan tepung, gula, garam, yeast & amp; susu ke dalam mixer, pukul selama 8-10 minit. Sudah siap pukul, tabur-taburkan tepung sikit (dust), cantik-cantikkan doh itu sikit & amp; biarkan naik 2 kali ganda (1.5 - 2 jam). Seeloknya tutup dengan towel basah.

  2. Sementara tunggu doh naik, kita siapkan butter. Letakkan butter di atas cling wrap & amp; tutup di atasnya dengan cling wrap. Penyekkan dengan tangan sikit, & amp; lepas itu lenyekkan dengan roller pin. (jadikan dia bentuk 4 segi). Tak jadi 4 segi pun boleh. Selepas itu simpan mentega itu dalam peti sejuk sekejap sementara tunggu doh naik. (jangan sampai terkeras sangat pula mentega ini nanti, agak-agak.) Butter Ini saya lenyek panjang sangat. Kalau anda buat, pendekkan sedikit.

    open-uri20151010-29872-vxh5fk
  3. Bila doh dah ready, kita canai doh supaya jadi 4 segi panjang. Letakkan mentega di tengah doh & lipatkan doh tersebut (macam kita lipat kain) supaya bertemu antara satu sama lain). Pastikan doh cover ke semua butter yang di dalam tu.

    open-uri20151010-29872-1ukbiev
  4. Bila sudah lipat, kita canai lagi sekali. Kali ini, pastikan lipatan yang bertemu mula-mula tadi dalam posisi menegak (12 o'clock & amp; 6 o'clock). Canai memanjang dan lipat lagi sekali. Balutkan dengan cling wrap dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.

    data.jpeg
  5. Keluarkan dari fridge, canai lagi macam proses no. 3 dan simpan lagi dalam fridge. Bila dah cukup 30 minit, keluarkan dan ulang lagi proses yang sama dan kali ni simpan overnite dalam fridge.

  6. Bila nak mula shaping, keluarkan dari fridge dan belah dua doh seperti dalam gambar.

    data.jpeg
  7. Canai nipis doh senipis 0.4 - 0.5 cm dalam bentuk 4 segi memanjang. Kemudian kemaskan bahagian tepi doh degan pisau. Potong doh seperti dalam gambar.

    data.jpeg
  8. Gulung doh dari bawah ke atas, seperti dalam gambar. Ulang sehingga habis. Rehatkan untuk doh membesar 2 kai ganda. Sapukan telur di atasnya dan bakar (15 minis - 190C).

    data.jpeg
  9. p/s - Resepi ini banyak guna tepung untuk dusting, especially masa hendak canai. Make sure kita brush away the dusting before kita chill it dalam fridge.

Sumber Asal: http://Resepi kawan.