Resepi Nasi Goreng Special

 Dihantar Oleh Pada 13 May, 2011
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 1 orang
Description

mudah, cepat dan ringkas..cubelah bagi menambahkan koleksi resipi nasi goreng..x igt dpt resipi nie dr mana..dah lama br terjumpa balik buku resipi nie..=)

Share:
Bahan-bahan
  • 1 mangkuk nasi
  • Sedikit hirisan ayam, daging dan sotong
  • 1 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu besar kicap pekat (mee)
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 3 ekor udang
  • 1 biji telur
  • Sedikit tepung rangup
  • Sedikit sayur-sayuran seperti sawi, lobak, cili padi (bg yg penggemar pedas) dan cili merah
  • Sedikit myk utk menumis
Cara-cara
  1. Tumis bawang putih, ayam, daging dan sotong sehingga empuk.

  2. Masukkan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak atau garing, kemudian masukkan sos tiram, kicap pekat dan sos ikan. Kacau sehingga sebati.

  3. Masukkan nasi putih tadi bersama-sama sayur. Kacau sehingga ia sebati dan masak. Ketepikan

  4. Kemudian gaul udang bersama telur yang telah dipecahkan lalu salutkan dengan tepung rangup. Goreng seketika.

  5. Sedia dihidangkan..Nasi goreng tadi bolehlah dimakan bersama-sama telur goreng dan sup kosong..

Laporan MasakanLihat Semua (0)
Resipi berkaitanLihat Semua
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua