Resepi Onde-onde/kuih Bom Labu Kakbesah

 Dihantar Oleh Pada 09 May, 2011
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: sepinggan penuh
Description

kemas2 esbok jumpa plk seketul labu manis.. pstu inti kelapa pun ada.. bijan pun banyak lg..(adeke ank akk disuruh bli bijan, dibelinya sekilo.. dh setahun x habis2 lg..hihihi)

Share:
Bahan-bahan
  • inti kelapa;
  • sebiji kelapa parut putih, 1cawan gula merah (dimasak dgn 1cawan air& ditapis). gula pasir secukup manis, 3 helai daun pandan dibelah & disimpul & 1/2 sudu teh garam.
  • doh tepung;
  • 2 cawan labu yg dah direbus & dilecek
  • 1 cawan tepung pulut
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu teh garam
  • bijan secukupnya utk menggolek.
  • minyak utk menggoreng terendam
Cara-cara
  1. campur semua bahan2 utk inti dlm kuali, masak hingga pekat & kental. (hingga bleh di kepal)

  2. gaul sebati semua bahan2 utk mmbuat doh kulit. jika lembik tmbah sikit tepung.jgn banyak2 9t keras..

    open-uri20151010-29872-hdf3z4
  3. bulat2kan inti, ambil sejemput doh labu, bulat2kn & leperkan. masukkan inti dan dikelim kemas.

    open-uri20151010-29872-b483bh
  4. golekkan pd bijan.

    open-uri20151010-29872-qdobpb
  5. masukkan minyak dlm pan, susun onde2 dlm minyak pastu baru pasang api dapur. goreng hingga kuning keemasan.

  6. Alhamdulillah.. siap kuih utk minum ptg..(ptg smlm)

    open-uri20151010-29872-1ez1e8i