Dihantar Oleh Pada 07 May, 2011
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 12 - 15 keping kulit popia
Description

di BBBangi ni popia dijual 50 sebiji yg kecik. ada tu sampai 60 sen.. jd, utk berjimat & puas makan, kenalah buat sendiri.walaupun rupa x secantik mana.. yg penting sedap & puas..insyaallah.

Share:
Bahan-bahan
  • inti:
  • 5 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih - dihiris
  • segenggam udang kering - dicuci & ditumbuk kasar
  • sebatang lobak merah - disagat
  • 5 helai kacang panjang - dipotong 1 cm
  • sekerping, dua tauhu - potong dadu 1cm
  • 1/4 biji sengkuang - disagat
  • ikut suka lah jika nk tambah sayur2 lain yg diingini janji brsifat kering. ada juga yg bubuh telur dihancur2kn.
  • bahan2 utk kulit:
  • 2 cawan tepung gandum
  • sebiji telur, 1 sudu makan cuka, 1 sudu makan minyak masak, 1 sudu teh rata garam & air secukupnya.
  • bahan utk sos:
  • 20 tangkai cili kering, 5 ulas bawang putih, 2 sudu makan bawang goreng - dikisar
  • 1 sudu kicap manis, 2 sudu sos tiram, 1/2 cawan air asam jawa, gula melaka secukupnya, garam secukup rasa.
Cara-cara
  1. masak inti; panaskan sedikit minyak, tumis bawang hiris hingga layu, masukkan udang kering dan tumis hingga kering.

  2. masukkan carrot, tauhu, & kacang panjang.msk ngn api besar dan pantas supaya x berair. last skali masukkan sengkuang. suaikan rasa garamnya dan angkat - ketepikan.

    open-uri20151010-29872-1p083mj
  3. masak sos; campurkan semua bahan dlm periuk bersama 1 cawan air. masak hingga pekat sambil disuaikan asam garamnya. ikutlah selera masing2 ya..

    open-uri20151010-29872-iete63
  4. membuat kulit; gaul sebati semua bahan menggunakan tangan. adunan hendaklah pekat/kental seperti adunan cekodok/cucur/jemput2. angkat adunan & dihempas2kan hingga kenyal mcm getah.

  5. PERAP 3,4 jam.

  6. panaskn kuali, dgn tangan ambil sejemput besar adunan lalu di lenserkan atas kuali dgn cepat & nipis.bawa/tarik adunan serata kuali. (bnda ni kena praktis la..hehe.. tp sbnarnya senang je..)

    open-uri20151010-29872-cooax9
  7. adunan yg lebih tu kaut & masukkan balik dlm mangkuk brsama yg lain. agak kalau panas, sengetkan kuali, kaut lh ngn sudu lebihan doh tu.

  8. biar beberapa minit pstu blhlah diangkat. x pyah diterbalikkn utk msk bhagian sebelahnye

    open-uri20151010-29872-1pr461v
  9. buatlah sampai habis.

  10. ambil sekeping kulit popia, sapukan sos keatasnya.. jgn banyak2..nnti lencun kulit tu hehe..

    open-uri20151010-29872-1a3vcxa
  11. isikan inti, lalu gulung lah ikut citarasa/kreativiti masing2..

    open-uri20151010-29872-6sy4ln
Tags 
  •   kuih