Dihantar Oleh Pada 04 April, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 6 - 8 orang
Description

Ayam ini memang sesuai dihidangkan dengan Nasi Beriani atau juga enak disediakan sebagai salah satu juadah untuk dimakan dengan nasi putih dan lauk yang seiring dengannya.

Share:
Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam, belah 4 atau 6 kepak ayam
  • 5 sudu besar pes halia dan bawang putih
  • 1 biji telur
  • 5 sudu besar serbuk cili
  • Sedikit serbuk ketumbar
  • Sedikit serbuk jintan manis
  • Garam secukup rasa
  • Tepung beras secukupnya
Cara-cara
  1. Gaul semua bahan di atas kecuali tepung beras sehingga sebati dan perap selama 30 minit.

    open-uri20151010-29872-36gfu3
  2. Kemudian tabur tepung beras dan salut secukupnya.

    open-uri20151010-29872-liu9yk
  3. Goreng (tenggelam) pada suhu 160 darjah C selama 15 minit atau sehingga masak. Angkat, toskan dan sedia untuk dihidang.

  4. Nota: Boleh juga campurkan daun kari, ia akan membangkitkan aroma sewaktu ayam digoreng.

Komen