Dihantar Oleh Pada 04 April, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 5 orang makan
Description

Saya ni orang Jawa Batu Pahat, Johor.

Share:
Bahan-bahan
  • Nasi putih (kalau guna beras wangi lagi sedap)
  • 4 biji bawang merah
  • 1 biji bawang putih
  • Segenggam bilis
  • 5 biji cili padi atau lebih
  • Bawang goreng (ada jual kat kedai)
  • Daging atau ayam (potong kecil-kecil)
  • Sayur...ikut suka
  • Garam secukup rasa
  • Ajinomoto
Cara-cara
  1. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk seperti bawang merah, putih, cili padi dan bilis. Jangan lumat sangat,nanti tak sedap pulak.

  2. Lepas tu tumiskan bahan tadi dengan minyak yang mencukupi lah...biarkan sampai garing dan naik baunya. Masukkan bawang goreng tadi dalam 3 sudu.

  3. Masukkan ayam atau daging yang dah siap direbus dan siat-siatkan.....

  4. Masukkan sayur kalau suka.

  5. Bila dah sebati masukkan nasi putih tadi secukupnya....

  6. Goreng sehingga masak.

  7. Sedia untuk dimakan!

Komen