Dihantar Oleh Pada 04 May, 2011
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: seperiuk
Description

bila dah mengasuh budak2ni.. masak pun ikut selera diorang, slalunya yg x pedaslah. utk yg besar2 kenalah buatkn sambal taucu @ ikan masin cili @ tempe berapi dll..hehe..

Share:
Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam dipotong2
  • 9 biji bawang merah, 5 ulas bawang putih, 1 batang serai, 2cm halia, 2sm lengkuas,5biji buah keras - dikisar
  • 3 sudu makan biji ketumbar. 1 sudu mkn jintan manis, 1 sudu makan jintan putih & 1 sudu makan lada putih - disangrai & dikisar halus
  • rempah 4 sekawan utk campak2.
  • semangkuk santan
  • 2 sudu makan kerisek
  • 2 helai daun salam (akk x letak sbb xde)
Cara-cara
  1. panaskan 2 senduk minyak, tumis bahan giling hingga wangi & pecah minyak, masukkan rempahan yg di kisar tadi, kacau hingga terbit aroma, campakkan rmph 4 sekawan. kacau rata.

  2. masukkan ayam, gaul rata2, jika kering sgt, tambah 1/2 cawan air. masak hingga ayam kecut & bumbu meresap ayam. masukkan daun salam. tutup periuk,msk ngn api prlahan hingga ayam separuh masak.

  3. last sekali, masukkan santan, kacau sebati, biar ayam empuk & kuah agak pekat. suaikan rasanya.

  4. taburkan bawang goreng & blehlah dihidangkan...

  5. p/s; jika nk buat versi merah, tambah cili kering dlm 15 tangkai brsama bhn2 yg dikisar.bubuh lada hitam tp kurangkan skit takut pedas sgt..

Tags 
  •   ayam