Dihantar Oleh Pada 03 April, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 orang makan
Description

Masakan ibu saya =) boleh dihidangkan dengan nasi beriyani dan acar timun nenas.. (Sila buat-buat tak nampak je la surat khabar lapik tu ye.. hehe).

Share:
Bahan-bahan
  • Bahan hiris:
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang merah
  • 1 cm halia
  • Bahan tumbuk:
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang merah
  • 1 cm halia
  • 1 kulit kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 5 biji bunga cengkih
  • Minyak secukupnya (lebih sikit pun takpe)
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • Air asam jawa secukup rasa
  • Beberapa ketul ayam (terpulang kepada anda, saya guna leher, kaki dan peha)
  • 1/2 cawan kacang dal (direbus hingga lembut, sebahagian diambil dan ditumbuk hingga hancur)
  • Sayuran seperti lobak merah, kacang panjang dan ubi kentang
  • Santan
  • Garam secukup rasa
Cara-cara
  1. Hiris semua bahan hiris dan ketepikan. Sediakan rempah seperti di atas. Potong sayur mengikut kreativiti masing-masing. (Di dalam gambar ini, ada banyak kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih.. sebenarnya hanya satu kumpulan sahaja yang digunakan.. Yang lain tu untuk masak lain).

    open-uri20151010-29872-14ap6dx
  2. Gaulkan rempah kari daging, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih di dalam sebiji mangkuk dan tambah sedikit air.

    data.jpeg
  3. Tumbuk semua bahan tumbuk dan ketepikan.

  4. Panaskan minyak di dalam periuk. Setelah minyak panas, masukkan bahan hiris dan tumis. Sebelum bahan hiris berubah menjadi kuning, masukkan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Tumis hingga naik bau dan kekuningan.

  5. Masukkan campuran rempah daging yang dicampur air tadi ke dalam periuk dan biarkan seketika. Kemudian, masukkan bahan tumbuk dan kacau. Tambah sedikit air supaya rempah cair sedikit dan teruskan hingga rempah naik minyak.

    data.jpeg
  6. Tambah air asam jawa, agak-agak supaya tidak terlampau masam tapi ada rasa masam.

    data.jpeg
  7. Masukkan ketulan ayam.

    data.jpeg
  8. Setelah ayam separuh masak, masukkan semua kacang dal yg direbus dan juga yang ditumbuk. Gaul rata.

    data.jpeg
  9. Masukkan semua sayur yang telah dipotong. Tambah garam secukup rasa.

    data.jpeg
  10. Tambah air mengikut kepekatan yang disukai. Kemudian, tambahkan santan secukupnya (jangan sampai kuah menjadi terlampau putih). Masak sehingga mendidih dan tutup api. Pastikan ubi kentang sudah lembut.

    data.jpeg
Komen