Resepi Kek Oren Sunkist Bonda

 Dihantar Oleh Pada 24 April, 2011
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: bulat, lebih kurang 20cm
Description

resepi daripada bonda tercinta

Share:
Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula kastor
  • 5 biji telur
  • 1 biji limau sunkist (ambil kulit diparut halus)
  • 2 sudu air perahan limau sunkist
  • 2 cawan marjerin
Cara-cara
  1. pukul gula bersama marjerin

  2. masukkan telur dan pukul hingga kembang

  3. masukkan tepung gandum dan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit, gaul sebati

  4. masukkan kulit limau yang telah diparut

  5. masukkan air perahan limau dan gaul sebati

  6. setelah adunan sebati, masukkan adunan ke dalam talam bulat

  7. bakar adunan ke dalam ketuhar dengan suhu 120-140 darjah kepanasan dan biar masak sehingga 30 minit.

Tags 
  •   kek
  • Komen