Resepi Aiskrim Paling Mudah

 Dihantar Oleh Pada 22 April, 2011
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 1.5 liter
Description

resepi ini diajar oleh kakak angkat saya.. cepat, mudah, sedap dan halus aiskrimnya

Share:
Bahan-bahan
  • 1. 1 biji telur (tak kesah grade ape)
  • 2. 1 sudu besar ovallet
  • 3. 1/2 tin susu pekat (nak kurang kan pon boleh tapi kalo guna susu pekat yg krimer tak payah la pakai sampai 1/2 tin..manis sangat)
  • 4. 1 tin air suam (pakai tin susu pekat tu sukat air)
  • 5. essen vanila sikit (nak kasi wangi)
  • 6. pewarna/serbuk yang disukai
Cara-cara
  1. 1. masukkan telur, ovallet, susu cair, air suam dan essen vanilla ke dalam blender. blend sampai sebati/tepu/betul-betul likat

  2. 2. masukkan yang dah di blend tadi ke dalam mixer. letakkan pewarna/serbuk yang disukai. kemudian mixer kan sampai betul-betul sebati.

  3. 3. kemudian tuangkan ke dalam mangkuk dan bekukan..selepas itu boleh la makan..selamat mencuba.. ;)

Resipi berkaitanLihat Semua
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua