Resepi Blueberry Cheese Tart

 Dihantar Oleh Pada 20 April, 2011
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: ~ 12biji ( saiz acuan 50)
Description

Resepi dari kelas baking

Share:
Bahan-bahan
  • Bahan untuk Pastri:
  • 125g butter (salted) - bagi lembut sikit sebelum guna
  • 63g gula icing/ gula biasa di blend
  • 250g tepung gandum
  • 1 kuning telur (saiz B)
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu besar air
  • Bahan untuk Filling:
  • 250g cream cheese - bagi lembut sikit sebelum pukul
  • 20g butter (salted) - bagi lembut sikit sebelum pukul
  • 60g gula halus/gula castor
  • 1 biji telur (saiz B)
  • Blueberry filling, strawberry filling atau apa2 filling yg digemari secukupnya
Cara-cara
  1. Tepung dan gula campur sekali dan ayak.

  2. Masukkan butter dalam tepung dan gula tadi, gaul rata hingga jadi seperti pasir/crumb.

  3. Kemudian masukkan kuning telur, esen vanila dan air, gaul sebati hingga jadi doh.

  4. Cover dan rehatkan pada suhu bilik selama ~15min sebelum dimasukkan kedalam acuan tart.

  5. Tidak perlu guna sebarang gris untuk acuan. Pastikan acuan kering untuk elak adunan melekat pada acuan selepas bakar.

    open-uri20151010-29872-j13hx1
  6. Bakar pada suhu 180C selama ~20-25min atau hingga sedikit perang shj.

  7. Filling - Pukul cream cheese, butter dan gula hingga kembang.

  8. Masukkan telur, pukul sekejap sahaja ~1-2min bagi telur sebati dgn cheese tadi.

  9. Pipekan filling dalam pasteri yang telah dibakar. Bakar lagi pada suhu 180C ~ 15min. Jika saiz kecil kurangkan masa membakar bagi pasteri dan filling.

  10. Gambar acuan

    open-uri20151010-29872-yf6ocs
Tags 
  •   tart
  • Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua