Dihantar Oleh Pada 17 April, 2011
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3-4 orang
Description

Senang je buat kek batik ni, x guna telur, ada rasa chewy2 sket,masa buat pun krg 15mnt...jom cuba

Share:
Bahan-bahan
  • 1 bungkus biskut marie yg telah dipatah2
  • 8 sb mentega (suka pkai brand pelangi, apa2 brand pun ok je)
  • 1/2 tin susu pekat
  • 5 sudu besar milo
  • 3-4 sudu besar serbuk koko
  • sedikit nescafe (optional)
  • sedikit nestum (utk tabur atas kek)
Cara-cara
  1. Cairkan mentega dalam kuali.

  2. Masukkan susu pekat, milo, koko dan nescafe dan kacau rata hingga nampak agak sebati dan pekat sedikit.

  3. Masukkan biskut marie yang telah dipatahkan. Tutup api dan kacau rata.

  4. Masukkan ke dalam bekas yg telah disapu sedikit mentega. Mampatkan kek ini dgn menggunakan plastik dan ditekan dgn tangan. Taburkan sedikit nestum di atas kek. Bolehlah disejukkan dan sedia untuk dimakan. ;)