Resepi KEK KEJU KUKUS

 Dihantar Oleh Pada 17 April, 2011
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: Loyang/Tin 22 cm
Description

Resepi ni saya ambil sumbernya dari Chef Norzailina Nordin.Sangat lembut untuk dinikmati...

Share:
Bahan-bahan
  • 6 biji putih telur
  • 200 gm gula kastor
  • 500 gm krim keju (suhu bilik)
  • 250 ml krim putar
  • 6 biji kuning telur
  • 100 gm tepung gandum
  • 1 camca strawberi emulco
  • Sedikit pewarna merah
  • 1 camca coklat emulco
Cara-cara
  1. Lengserkan tin pembakar dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak.

  2. Putar krim keju hingga halus.Masukkan separuh gula dan putar hingga gebu.

  3. Masukkan krim putar, kuning telur dan tepung.Pukul lagi hingga sebati.

  4. Putar putih telur dengan baki gula hingga kental.Ketepikan.

  5. Kaupbalikkan putih telur ke dalam adunan dan kacau rata.

  6. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian:bubuh strawberi emulco dan pewarna merah pada satu bahagian; coklat emulco pada satu bahagian lagi.

  7. Sendukkan adunan secara berselang-seli ke dalam acuan.Kukus selama 45-50 minit atau sehingga masak.Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Laporan MasakanLihat Semua (0)
Resipi berkaitanLihat Semua
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua